MCOBs Blog and Thoughts

BadgeThe 'Blog' section portrays unmoderated thoughts belonging to the author of each article. The articles in the section do not voice MCOBA official view on any matter related to the specific article nor can be held responsible to any objectionable content posted here. Kindly contact the author for clarification.

News

Related To The Malay College

Adakalanya kita perlu mengimbas kembali apa kah misi dan visi sesuatu institusi yang sudah pun berumur lebih 100 tahun. Bagaimanakah konsep "1Dream, 1People, and 1 Nation" dan seterusnya 1Malaysia 1 Region 1 World berperanan untuk mengrealisasikan titah DYTM Raja Nazrin pada bulan Ogos 2005? 1 Region ertinya ASEAN. Dan ianya sedang melalui transformasi pesat sahingga akan terbentuk satu ASEAN Economic Community pada 2015 -- cuma tinggal enam tahun sahaja. Wajarkah kita terus berpolitik tak sudah-sudah? Fikir2kan lah.

Salam hormat,

D.Zin

"MCKK di abad ke dua puluh satu, harus dibangunkan hingga mencapai taraf antarabangsa; berupaya menawarkan tempat pengajian kepada pelajar Melayu dari serata dunia. MCKK bersedia mengambil tanggung jawab, menjadi perkampungan akademik bagi seluruh rumpun Melayu." oleh DYTM Raja Nazrin, Chairman Board of Governors, The Malay College Kuala Kangsar.

Melayu di Persimpangan

News

Related To historyMalaysiaBangsa MelayuPolitical Opinion

MUKADDIMAH

SAYA bukan anti-Melayu. Kalau saya bersikap anti-Melayu, saya tidak akan membuang masa menulis buku ini. Malah saya tidak akan membenarkan sesiapa pun di kalangan kaum kerabat saya menulisnya. Sekiranya usaha penulisan itu telah dibuat sekali pun, saya barangkali tergamak untuk memusnahkan manuskripnya.

Jika buku ini ditulis oleh orang lain, dan saya pula seorang yang anti-Melayu, saya akan pastikan tangan saya tidak menyentuhnya. Saya akan haramkan buku ini daripada berada dalam lingkungan kawasan rumah saya. Malah saya barangkali akan membakarnya.

Saya juga bukan ultra-Melayu. Bukan chauvinist yang bergerak dengan perspektif perjuangan yang bersifat parokial. Bukan seorang yang berhajat untuk menjadi jaguh pada bangsanya, tetapi pada masa yang sama menjadi petualang pada negaranya.

Saya mahu terkecuali daripada semua itu.

Buku ini ditulis kerana tiga sebab besar. Pertama, kerana saya Melayu; kedua, kerana saya mahu terus menjadi Melayu dan ketiga, kerana saya tidak mahu bangsa saya ‘melayu’ dalam jerit pekik ‘Hidup Melayu’nya!
Dalam mengusahakan buku ini saya berhadapan dengan halangan yang tidak sedikit.Kebanyakannya halangan yang datang dan dalam diri.

Dilahir dan dibesarkan sebagai Melayu menyebabkan saya memiliki banyak ‘kekurangan’. Saya, macam Melayu lain, diasuh dengan terlalu pelbagai nilai yang tidak begitu memberikan keuntungan jangka pendek. Saya tidak boleh terlalu berterus terang kerana ianya akan dianggap biadap. Apabila bercakap saya perlu beralas dan berkias. Perlu berlembut dan berhemah. Perlu mengikut resmi menarik rambut di dalam tepung.

Di sinilah dilema saya. Apabila terfikir untuk menulis buku ini saya beranggapan bahawa ada Melayu, atau lebih tepat lagi, banyak Melayu yang sedang lena. Saya bermaksud untuk mengejutkan mereka.

Tetapi jika menggoncang tubuh dan menghentak lantai dianggap biadap, bagaimanakah saya hendak melakukannya? Bolehkah mereka dikejutkan hanya dengan bisikan atau elusan?

Akhirnya, di hujung dilema itu, saya memilih jalan yang mungkin melanggar asuhan emak bapa dan datuk nenek kita. Saya cuba berpegang pada kata-kata sesetengah orang, ada kalanya kita perlu berkurang ajar walaupun bukan dengan niat dan hajat hendak menderhaka kepada sesiapa, terutama kepada orang tua kita.

Hasilnya, saya memutuskan untuk menulis buku ini dengan cara yang paling berterus terang. Saya akan menegur apa yang patut saya tegur. Saya akan mengata apa yang patut dikata. Saya tidak akan memekup bangkai dengan nyiru hanya semata-mata kerana mahu mempertahankan budi dan bahasa.

Kalau ada sekerat dua Melayu yang menganggap pendekatan yang dipilih ini agak biadap dan kurang ajar, biarkanlah. Saya tidak akan membuang masa menahan Luncai daripada terjun dengan labu-labunya. Jika mereka mahu mengkhianati bangsa mereka dengan memejamkan mata terhadap segala salah silap yang ada, saya tidak berhak menahan.

Melepasi halangan pertama mendepankan saya dengan halangan lain yang lebih menyulitkan. Secara kiasannya, dilema saya kali ini ialah, apabila mula menulis buku ini bermakna saya juga akan mula menepuk air di dulang. Saya tahu banyak atau sedikit percikan itu akan tempias mengena saya.
Keadaan menjadi lebih payah kerana yang ada di hadapan saya bukan setakat satu atau dua dulang. Jumlahnya terlalu banyak. Yang mana patut saya tepuk? Kesemua sekali atau hanya sebilangan? Kalau kesemua sekali, mampukah saya? Kalau sebilangan, tidakkah pula nanti saya dikatakan melakukan ‘tepukan terpilih’ yang lambat laun akan disamakan orang dengan ‘pendakwaan terpilih’, istilah yang popular di kalangan sesetengah golongan rakyat sekarang?

Semuanya menyulitkan. Saya tersepit antara mahu jujur atau mahu memalsukan kejujuran. Jika mahu jujur ertinya,saya harus menepuk ke semua dulang tanpa mengira siapa pun yang berada di tepinya. Sebaliknya, jika mahu memalsukan kejujuran pula bermakna saya akan memilih dulang-dulang tertentu sahaja dan membiarkan yang lain tidak terusik sehingga berlumut.

Saya teringat ungkapan Pluto dalam The Republic, ‘kejujuran, dalam banyak keadaan, jarang membawa keuntungan berbanding dengan ketidak-jujuran’. Ianya menjadi peringatan yang ‘menakutkan’. Tetapi akhirnya hati Melayu saya berkata, kalaulah saya akan rugi kerana berlaku jujur, maka saya sanggup menanggung kerugian itu seumur hidup.

Saya tidak tahu apa perasaan Munsyi Abdullah apabila dia menulis tentang perkara-perkara kurang baik, khususnya mengenai perangai dan resam orang Melayu. Tetapi saya percaya Dr. Mahathir mengalami peperangan besar dengan perasaannya sewaktu menulis ‘Malay Dilemma’. Dia juga tentu tersepit antara mahu berkata benar dan kemudian melukakan bangsanya, atau mahu memilih yang baik-baik dan kemudian melenakan mereka.

Mahathir memilih yang pertama. Dia memilih untuk menjadi tidak popular demi kerana mahu mempopularkan bangsanya.

Saya tidak mahu menjadi Mahathir. Saya tidak mahu terperangkap dalam keinginan mahu menjadi orang lain yang telah cukup banyak menjebak orang Melayu. Saya percaya bahawa sesuatu aliran, isme atau dogma bukan untuk ditiru, tetapi untuk diperjuangkan. Dalam kebanyakan keadaan, budaya bapa borek anak rintik harus dihentikan daripada menjadi amalan orang Melayu. Ianya telah menyebabkan terlalu banyak Melayu yang mengulangi kesilapan bapa mereka, sebagaimana si bapa mengulangi kesilapan bapanya.

‘Dilema Melayu’ sekarang ini telah menjadi sejarah. Bukan sejarah yang mati, tetapi sebaliknya yang terus hidup bersama urat nadi Melayu. Tidak siapa pun dapat menyangkal bahawa ia menjadi karya besar yang membuka ruang pada berlakunya anjakan demi anjakan pradigma orang Melayu.

Tetapi ‘Dilema Melayu’ bukanlah suatu mukjizat. Ia tidak akan terpelihara sepanjang zaman. Mahathir menulisnya lebih 30 tahun lalu. Sepanjang tempoh 30 tahun itu telah terlalu banyak perkara berlaku. Orang Melayu telah melalui perubahan yang tidak sedikit. Kalau 30 tahun lalu Melayu menjadi bangsa yang terpencil di bumi sendiri, kini Melayu tegak sebagai nama besar hatta di persada antarabangsa. Kalau 30 tahun lalu Melayu merupakan bangsa yang dianggap sakit, kini Melayu lebih tepat dilabelkan sebagai bangsa sihat yang suka mencari penyakit.

Menyedari bahawa tempoh tiga dekad sejak terhasilnya ‘Dilema Melayu’ hingga sekarang itu bukan satu jangka waktu yang pendek, saya merasakan banyak ruang yang pernah disentuh oleh buku tersebut perlu dijenguk semula. Pada masa yang sama ada banyak elemen-elemen baru yang dahulunya mungkin tidak pernah dijangka oleh Mahathir, kini berlaku dan menyentuh soal survival Melayu.

30 tahun dahulu masalah Melayu lebih banyak berkisar pada soal hak, khususnya di segi ekonomi. Kini selepas 30 tahun masalah itu sudah tidak menjadi agenda besar bagi orang Melayu - sekurang-kurangnya itulah anggapan mereka sekarang. Yang menanti orang Melayu adalah cabaran lain yang lebih besar. Cabaran terhadap jati diri. Cabaran terhadap hala tuju. Cabaran yang lebih bersifat globalisasi.

Kalau 30 tahun dahulu ‘Dilema Melayu’ muncul dengan gagasan-gagasan untuk mengajar Melayu bagaimana hendak melangkah, kini agendanya ialah ke mana hendak melangkah.

Soal hala tuju inilah yang menjadi intipati kandungan ‘Melayu Di Persimpangan’.

Kalau Mahathir mendapat ilham untuk menghasilkan ‘Dilema Melayu’nya dalam satu seminar di Kuala Lumpur pada tahun 1966, ekoran percanggahan pendapatnya dengan Profesor Diraja Ungku Aziz, saya pula terfikir tentang haluan bangsa saya ini selepas sekian lama mengikuti dari dekat setiap peristiwa besar yang berlaku dalam lingkungan sosiopolitik orang Melayu. Kemuncaknya tiba apabila timbul peristiwa sekumpulan orang-orang Cina yang menganggotai sebuah jawatankuasa yang dinamakan Suqui mengemukakan tuntutan 17 perkara kepada kerajaan, termasuk ‘Mengkaji Semula Hak Keistimewaan Orang Melayu’.

Banyak Melayu yang tersentak dengan tuntutan itu. Tetapi saya tidak mahu hanya sekadar tersentak. Saya mahu bangun. Dan dengan buku ini saya mahu mengajak semua Melayu lain supaya turut bangun!

Nik A. Azmi
11.11. 2000

Kuala Lumpur

Penyakit Nak Hidup

News

Related To historyMalaysiaBangsa MelayuPolitical Opinion

Untuk ibu saya, Hajjah Wan Zainab yang kembali ke Rahmatullah pada 30 Mei, 2004 di Kota Bharu, Kelantan. Ibu dan datuk saya, Dato’ Haji Wan Mohamed (Presiden) bin Haji Wan Ahmad (Dato’ Bentara Dalam Kelantan) merupakan pengasas utama peribadi yang baik dalam diri saya. Yang buruk datang daripada perilaku saya sendini

PENGANTAR
SEMUA orang nak hidup. Seboleh-bolehnya juga mereka tidak mahu hidup dalam keadaan sakit dan berpenyakit. Tetapi bagaimana kalau perasaan ‘nak hidup’ itu sendiri telah bertukar  menjadi penyakit?

Inilah soalan yang berlegar di fikiran saya - soalan yang tidak datang secara spontan tetapi hasil pemerhatian dan  pengamatan yang mendalam. Soalan yang akhirnya mendorong kepada terhasilnya naskah ini.

Soalan ini juga bukan baru muncul. Di dalam buku ‘Melayu Di Persimpangan’, saya pernah menyentuhnya secara sepintas lalu tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza.

Selepas empat tahun kemunculan ‘Melayu Di Persimpangan’, saya mendapati persoalan yang sama bukan sahaja masih, malah menjadi semakin relevan. Di mana-mana saya melihat penyakit nak hidup itu bercambah dan membiak di mana-mana juga ia dibiarkan menjadi barah yang meruntuhkan prinsip dan merosakkan akhlak.

Saya hanya orang kecil. Tidak banyak yang boleh saya lakukan untuk merawat dan mengubat penyakit itu. Namun saya juga tidak sanggup memejamkan mata dan memalingkan muka begitu sahaja.

Sebagai orang kecil, ruang untuk saya agak terhad dan kadangkala dihadkan oleh keadaan. Saya tidak mempunyai pentas, dan sama sekali tidak berupaya membeli ruang di pentas itu untuk bersuara sambil melakukan apa yang dirasakan patut dan perlu. Kekurangan-kekurangan itulah menyebabkan saya memilih untuk menggunakan pena. Saya tidak berharap lebih selain daripada mahu mengajak mereka yang sebangsa, seagama dan senegara merenung sebentar wabak besar yang sedang melanda ini. Wabak yang jika terus dibiar berkemungkinan besar akan mengekang mereka, dan kita semua, daripada menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana yang diimpi-impikan!
Tidak ada konklusi dalam naskah ini. Saya mahu mengelak daripada melanjutkan tradisi menyogokkan kesimpulan sendiri ke fikiran orang lain.

Apa yang bakal anda temui di dalam naskah ini nanti adalah pertanyaan, persoalan dan sedikit andaian. Di sesetengah tempat, ia barangkali melukakan, namun anggaplah sahaja ianya sama seperti luka semasa pembedahan - luka yang tujuannya semata-mata untuk menyembuhkan.

NIK AHMAD AZMI NIK MD DAUD
Kuala Lumpur
September 2004

Welcome to the new MCOBA.org !

News

Related To MCOBAMCOBA-ICT

=)

The New Challenges of Political Islam in Malaysia by Ahmad Fauzi Abdul Hamid

News

Related To Bangsa MelayuReligous

by Ahmad Fauzi Abdul Hamid
Universiti Sains Malaysia

THE NEW CHALLENGES OF POLITICAL ISLAM IN MALAYSIA

Working Paper No.154
June 2009

The views presented in this paper are those of the author(s) and do not necessarily reflect those of the Asia Research Centre or Murdoch University. Working papers are considered draft publications for critical comments by colleagues and will generally be expected to be published elsewhere in a more polished form after a period of critical engagement and revision. Comments on this paper should be directed to the author at afauzi@usm.my

Paper presented at the Asia Research Centre Conference on ‘New Modes of Governance and Security Challenges in the Asia-Pacific’, Murdoch University, Perth, 12 – 13 February 2009

© Copyright is held by the author(s) of each working paper: No part of this publication may be republished, reprinted or reproduced in any form without the permission of the paper’s author(s).

National Library of Australia.
ISSN: 1037-4612


MCKK vs VI First Formers Football Annual

News

Related To The Malay CollegesportsFootball

Brothers,

The match yesterday afternoon under the blistering 2:30pm sun was a keenly fought affair with the match ending 2-1 in VI's favour. The boys performed admirably, with pride and passion; and when the final whistle blew, a few of the boys could not hold back their tears. The college spirit is clearly evident with these Preppies!

The boys were on top as the clock ticked down but just could not find the equaliser. It was a far cry from previous annual matches, when VI would win by 4 goals or more and our boys firing blanks. Prep School 09 were clearly nervous and overawed with the occasion of playing in front of a full cheering squad and conceded in the first minute. They soon settled down and started to man-mark the VI boys better and ended the first half one down. It was a match riddled with fouls and the PBSM (Red Crescent) had to work overtime, carrying the stretcher in and out the field numerous times. VI went two up on a break and they were clearly relieved to widen the gap, with the scorer tearing off his shirt ala EPL, earning a yellow card in the process.

testing new blog update
84 SBP Futsal Tournament 2009

News

Related To MCOBAsportsevents

From:

http://84sbp.blogspot.com/2009/01/draw.html

I hope budak2 koleg yang pernah lalu overfloor dan akan lalu di One Utama pada 7 Februari 2009 antara 10 pagi - 1 tghari, singgah bagi sokongan, rokok seteng dua......

Friday, January 23, 2009

The Draw

Thanks for the reps for making their way to Rasta Taman Tun Dr Ismail early tonight. 8 teams have confirmed their participation and we have conducted the draw and divide the teams into 2 groups:

Group A will consist of SDAR, MCKK, TI Seremban and Jenan, meanwhile Group B will consist of MRSM Kulim, RMC, SAS and SMS Johor.

84 SBP Commemorative T-shirt

News

Related To sports

From: http://84sbp.blogspot.com/2009/01/84-silver-jubilee-commemorative-t-shirt.html

 

Thursday, January 22, 2009

84 Silver Jubilee Commemorative T-shirt

Baju untuk dijual: RM35 sehelai
Orders are now open for the 84 Silver Jubilee Commemorative T-shirt on 1st come 1st served basis.  The t-shirts are available in 2 colours:

2. For men/women, in dark blue and for women only, in light blue.
3. In order to ensure your size is available, please place booking by sms to 0193886999 or e-mail to etch.kl at gmail.com with your name, handphone, email and size of t-shirt required.

4. Since sponsorship is being made available, the t-shirt is available at a cheap price of RM35 per piece.

Bookings by 23 January 2009 will be honoured by 7 February 2009 at Padang, One Utama, 10.00 am onwards. Delivery in Shah Alam is free and in other places, will be advised.

News

Related To Religous

I feel inspired to use this site to pull myself together after more than 10 years of gradual disillusionment of manning websites (MC and non-MC), beginning with free sites, later migrating to institutional (still free) servers which somehow had a shelf-life, and now, with a dot com and paying for server space I need to upgrade myself to php from the htm/htmls that I'm so used to - yes sir I need help (most probably time) here.

On a more general note, I'm pressed to provide some form of a continuity in the communication with other MCOBs, especially when emails get to be very choppy.