Posted in
Announcement
Written by exec.sec
March 06, 2010 Hits: 103
0
0
Assalamualaikum Saudara,
Saya dengan segala hormatnya merujuk surat saya tempoh hari berkenaan perkara di atas dan ingin memaklumkan bahawa dalam tahun 2009, MCOBA telah melancarkan beberapa projek kebajikan berdasarkan kesedaran dan kepekaan MCOBA untuk “memberi balik”(give-back) dan menyumbang kepada masyarakat Kuala Kangsar yang mana ahli-ahli MCOBA dan murid-murid The Malay College Kuala Kangsar (MCOBs) telah berdamping dengannya begitu lama semasa di Kuala Kangsar dahulu.
Dalam usaha ini Jawatankuasa Kecil Kebajikan dan Sosial MCOBA telah menghasilkan rancangan bantuan kewangan dan lawatan ke Wad Penyayang di Hospital Kuala Kangsar pada bulan April 2009, sempena dengan program Tahunan Hujung Minggu Murid-Murid Tua MCKK (Old Boys’ Weekend)
Seterusnya sebagai permulaan, MCOBA juga telah mengenalpasti murid-murid The Malay College Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar yang memerlukan bantuan persekolahan bagi tahun 2009. MCOBA telah memperuntukkan RM50,000 bagi tujuan ini untuk 48 murid-murid MCKK dan 16 murid-murid SMK Raja Perempuan Kelsom. Tiap-tiap seorang purata menerima RM50.00 sebulan dan bantuan ini telah disalurkan secara ansuran melalui Pengetua Sekolah masing-masing.

Read more
Add comment (0)
Hits: 103