video


Biografi

Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia. Nik Nazmi menganggotai Parti Keadilan Rakyat sejak tahun 2005 dan kini merupakan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelana Jaya.

Blog


Kolum saya di Malaysian Insider: Cabaran Terbesar Generasi Kita

21 Nov 2008 | Articles, Current Affairs | by admin | 2 Komen

Mohamed Nasheed umpama Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Nelson Mandela bagi Maldives. Beliau pernah dipenjarakan sebanyak 23 kali, diseksa dan ditahan berseorangan selama 18 bulan oleh Kerajaan bekas Presiden Maumoon Abdul Gayoom yang menerajui pemerintahan satu parti selama puluhan tahun. Akhirnya, selepas Gayoom terpaksa akur kehendak rakyat untuk perubahan dan mengadakan pilihan raya umum, Nasheed dipilih sebagai Presiden menewaskan Gayoom sendiri.

Di dalam temubual bersama akhbar Britain the Guardian baru-baru ini, Nasheed mengumumkan Kerajaan Maldives akan melabur sebahagian dari pendapatan pelancongan pulau kecil tersebut untuk membeli tanah sebagai “insurans” sekiranya Maldives ditenggelami Lautan Hindi akibat pemanasan global.

Maldives merupakan sekumpulan 1,192 pulau-pulau atoll dan merupakan negara terkecil di Asia, di samping negara Islam terkecil di dunia. Sejumlah 350,000 orang mendiami Maldives. Lebih istimewa, Maldives merupakan negara terendah di dunia — puncak tertinggi di kepulauan tersebut cuma 2.3 meter dari aras laut. Ini mendedahkan Maldives kepada pemanasan global yang akan meningkatkan paras laut.

Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore yang popular dengan dokumentari pemanasan global “An Inconvenient Truth” juga baru sahaja mendesak bakal President Barack Obama yang baru dipilih untuk mencuba mendapatkan 100 peratus sumber tenaga dari sumber boleh diperbaharui dalam tempoh sedekad akan datang. “Apabila Presiden Kennedy boleh mengisytiharkan rancangan ke bulan dalam sepuluh tahun, ramai yang mengatakan ia mustahil.”

Di dalam buku terbarunya, “Hot, Flat and Crowded”, kolumnis New York Times Thomas Friedman menyatakan menjadikan misi utama Amerika untuk turut serta di dalam revolusi tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja penting bagi menyelamatkan dunia, tetapi mampu memainkan peranan penting di dalam menjana pertumbuhan ekonomi Amerika. Beliau mungkin menulis buku tersebut sebelum krisis kewangan Amerika, tetapi awal minggu ini Obama menegaskan komitmennya melaburkan AS$15 bilion setahun dalam sektor tenaga boleh diperbaharui:

“Pelaburan ini bukan sahaja akan mengurangkan pergantungan kita kepada minyak import, sekaligus menjadikan Amerika lebih selamat. Dan bukan sahaja ia akan menjamin masa depan tenaga bersih, menyelamatkan planet kita. Pelaburan ini juga akan mengubah industri-industri kita dan membolehkan negara kita bangkit dari krisis ekonomi dengan menjana 5 juta kerja baru yang lumayan dan tidak boleh dipindahkan ke luar negara.”

Saya fikir Malaysia pun wajar menceburi bidang ini. Kebelakangan ini, pertumbuhan Malaysia semakin bergantung kepada hasil petroleum, hingga lebih kurang 40 peratus. Sektor pembuatan negara terperangkap — gagal menarik nilai tambah seperti di Korea, Taiwan atau Singapura dan pada masa yang sama gagal bersaing dengan kos upah rendah seperti di Indonesia, Vietnam atau China. Usaha menceburi bidang teknologi maklumat dan biotech masih belum membuahkan hasil yang benar-benar mampu memberi lonjakan kepada pembangunan negara.

Di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini, ketika perbahasan Halatuju Pembangunan Negeri Selangor 2025 saya menekankan bagaimana Selangor boleh memimpin usaha ini. Syarikat pembuat panel solar terbesar dunia, Q-Cell dari Jerman sudahpun melabur kira-kira RM5 billion bagi membuka kilang mereka di Selangor tahun ini. Selain itu negeri-negeri lain turut menarik pelaburan dalam industri solar dari pelabur-pelabur asing. Saya mengiktiraf bagaimana Kerajaan Persekutuan ada memberi galakan menerusi pengecualian duti import dan cukai jualan bagi peralatan fotovoltaik solar dalam Bajet 2009. Namun usaha itu sahaja tidak mencukupi — saya mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor bersama Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Tenaga dan Universiti Industri Selangor menggiatkan penyelidikan di dalam bidang ini untuk dikomersialkan.

Malaysia mempunyai banyak potensi untuk kehidupan mampan atau “sustainable living”. Matahari yang terik sepanjang tahun dan hujan lebat yang boleh diguna semula menerusi “rainwater harvesting” adalah antara aspek-aspek yang boleh membantu usaha menggunakan tenaga boleh diperbaharui dan melahirkan suasana mesra alam.

Tetapi perubahan begini sememangnya bukan mudah dan memerlukan keazaman politik yang tinggi. Ironisnya, khazanah yang dikurniakan Allah s.w.t. di dalam bentuk hasil petroleum mungkin menjadi satu sumpahan, atau apa yang dipanggil “resource curse”. Banyak Negara pengeluar hasil mentah yang tidak melaburkan kekayaan mereka untuk meningkatkan ekonomi mereka, sebaliknya hidup secara mewah dengan kekayaan yang ada. Lihat sahaja kebanyakan negara-negara Arab. Negara Belanda juga turut mengalami situasi ini selepas mereka membangunkan hasil gas mereka pada tahun 1960an hingga mereka alpa dan mengabaikan sektor pembuatan di negara mereka — akhirnya timbullah istilah “Penyakit Belanda”.

Petroleum yang ada di dalam perut bumi kita tidak akan kekal selama-lamanya. Sekiranya kita tidak melabur perolehan dari kekayaan ini di dalam industri mampan yang menambah nilai kepada ekonomi kita, anak cucu kita akan menyumpah kita kerana membazirkan pemberian Allah s.w.t. Kita harus ingat, setiap krisis ada peluang disebaliknya. Kini krisis ekonomi dan pemanasan global menimbulkan peluang untuk kita menjana ekonomi kita dalam sektor baru di samping mengurangkan pergantungan kepada tenaga bahanbakar. Anak cucu kita tentu bertanya, mengapa kita tidak mengambil peluang ini?

Kerajaan Negeri Selangor Naikkan Gaji Guru KAFA ke RM1000

18 Nov 2008 | Religion, Current Affairs | by admin | 4 Komen

Semalam dalam Majlis Perjumpaan Bersama Guru-Guru KAFA seluruh Selangor, Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji mereka dari RM738.30 ke RM1000, sementara Penyelia KAFA mendapat kenaikan dari RM1112.00 kepada RM1500.

Majlis di Stadium Melawati yang dihadiri kira-kira 6,000 guru-guru KAFA turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucaptama selain exco-exco termasuk YB Dato’ Dr. Hassan Ali, YB Yaakob Sapari, YB Rodziah Ismail, YB Dr. Halimah Ali, YB Dr. Xavier Jayakumar; Pengarah JAIS Dato’ Khusrin Munawi dan wakil-wakil rakyat seluruh Selangor.

Dalam ucapannya, Anwar menekankan peranan guru-guru KAFA dalam membentuk aqidah, akhlak dan sahsiah generasi muda negara. Beliau turut menegaskan komitmen Pakatan Rakyat dalam mempertahankan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Ucapan di Majlis Kecemerlangan Sek. KAFA Anggur Al Amin

16 Nov 2008 | videos | by admin | 0 Komen

Obama, and the non-Malay PM issue

12 Nov 2008 | Current Affairs | by admin | 13 Komen

One of the results of Barack Obama’s victory in the American Presidential elections in Malaysia is the talk of whether Malaysia is ready for a non-Malay Prime Minister.

True, that is a legitimate question.

Even the Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi say that it is up to the people to decide, while Tun Dr. Mahathir agrees as well, albeit warning against harping on the issue.

But we should not be obsessed about having a non-Malay PM. Even Lee Hsien Loong, Singapore’s PM frankly admitted that race is still a factor for Singaporeans, and the island republic won’t see a non-Chinese PM soon.

I like the point articulated by my friend Nathaniel Tan:

Now all the non-Malays will want to ask: how about a non-Malay Prime Minister?

I will state unequivocally that I feel that this is the wrong question.

Observe how very little Obama made race an issue in his campaign. Of course, it was *always* there; but his campaign wisely avoided any focus or harping on the issue.

I think what Malaysia needs is good leadership. I really don’t care all that much if Malaysia is ruled by a Malay for eternity, as long as those leaders are good leaders.

I’m perfectly happy to have non-Malay leaders as well, but I think an obsession with putting non-Malays in higher and higher positions is sometimes done at the expense of focusing on quality of leadership.

So I think we should reject an MCA-style thinking about going on and on about a Chinese PM or whatever, and concentrate on getting a *good* PM.

Similarly, another friend Wan Mohd Aimran in pondering the lessons of the Obama victory, opined:

Oleh yang demikian, saya fikir kita di Malaysia tidak harus menyempitkan kejayaan saudara Barrack Obama dalam memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat kepada pertukaran warna kulit penghuni Rumah Putih semata-mata.

Sungguh, pencapaian tersebut dengan sendirinya merupakan suatu yang wajar diambil iktibar dan harus dilihat dalam konteks meluaskan hak golongan “minoriti” di dalam sesebuah negara yang berbilang kaum dan yang mempunyai sejarah penindasan kaum “minoriti”.

Bertitik tolak daripada ini, saya berpendapat adalah sedikit terburu-buru bagi sesetengah pemipin bukan Melayu di negara ini untuk terus mengertikan kemenangan saudara Barrack Obama kepada peluang diri mereka sendiri atau cucu-cicit mereka untuk memegang tampuk pemerintahan negara dalam masa terdekat ini.

Pada pandangan saya, pengajaran yang lebih jelas yang boleh diteladani oleh pemimpin-pemimpin di negara ini - samada Melayu atau bukan Melayu - termasuklah kewajiban mereka untuk memelihara dan meningkatkan kebolehpercayaan, kecekapan dan keterbukaan pihak kerajaan dari kaca mata rakyat.

Kepimpinan negara juga harus mengambil iktibar daripada kemenangan saudara Barrack Obama bahawa penggunaan isu kaum secara tidak bertanggungjawab bagi meraih sokongan sementara pengundi tidak mencerminkan kebijaksanaan dan keikhlasan memimpin.

We should be reminded that Obama is a Christian, speaks English at home and attended the regular American schools (and he is half-white). Obama ain’t Jesse Jackson who fits the usual African American civil rights movement personality. Obama’s success in winning over Americans is due to a post-racial approach. Being obsessed with a non-Malay PM can be a racial sentiment. A letter writer in Malaysiakini wrote:

To quote, if we were to characterise a Malaysian Obama, he would be the son of a Chinese/ Indian father and a Malay lady, and he would have attended a national school and would speak Malay at home (and be very much at ease with the language too!).

Hmm, by that count I think we’ve had our Obama as PM: Tunku Abdul Rahman had a Thai mother while Tun Dr. Mahathir has an Indian grandfather. 

Malaysia’s racial polemics is far more complicated as our multiracial society is also a plural society - separated by religion, education and language.

We need to confront these challenges and deal with it honestly and sincerely. I’m not against multiculturalism, in fact I have articulated again and again on the need for Malays to deal with this reality. But at the same time, we need to revisit on the need to strengthen the idea of Malaysia - how we have neglected the national language as well as to make national schools the school of choice.

Interestingly, Hsien Loong argues the strengthening of English as a common language is key to reducing racial sentiments in Singapore. How true.

A strong sense of national identity as well as appreciation of our diverse roots by all Malaysians - both Malays and non-Malays - are crucial to reducing our racial chauvinism. We need leaders who understand the historic compromise we achieved in forging our Independence, both by understanding the historical narrative of the country as well as the rights of the non-Malay communities. At the end of the day, we need Malays to fight for non-Malays and non-Malays to fight for Malays. That, to me, is better than having a non-Malay PM.

Kolum saya di Malaysian Insider: Kemenangan Obama

09 Nov 2008 | Articles, Current Affairs | by admin | 4 Komen

Nota: Kolum yang saya tulis untuk Malaysian Insider ini mengembangkan idea yang dihuraikan di dalam blog saya mengenai kemenangan Barack Obama 

Kemenangan Barack Hussein Obama menandakan era baru politik Amerika. Jika di Malaysia gelombang perubahan melanda Mac , giliran Amerika pada bulan November. Krisis kewangan yang begitu serius dan Perang Iraq yang berpanjangan menjadikan Obama “favourite” dalam detik-detik akhir menjelang pilihan raya. Ini berbeza dengan Malaysia yang mana tidak ramai kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu lain sahaja yang begitu yakin Pilihan Raya Umum Ke-12 tersebut akan memperlihatkan BN kehilangan majoriti dua pertiga dan 5 negeri.

Tetapi seperti di Malaysia, Obama akan dibebani oleh harapan menggunung rakyat terhadap perubahan. Bagaimana beliau menangani harapan ini akan menentukan sama ada beliau dapat meninggalkan perubahan politik mendalam di Washington DC dan seluruh dunia. Cabaran ini bertambah rumit dengan keadaan gawat dunia hari ini. Sebagaimana pemimpin Pakatan Rakyat kini sedar, cabaran memenangi pilihan raya secara mengejut tidak sebesar menguruskan kemenangan tersebut dan mengimbangi harapan dan keinginan rakyat yang jamak.

Sheikh Hamza Yusuf, pengasas institut Zaytuna di Amerika Syarikat ketika berucap di persidangan Islamic Society of North America pada September lalu, menjelaskan dua sebab Obama wajar disokong berbanding John McCain: pertama Obama mengambil sikap anti-perang di Iraq dari awal, dan kedua beliau bertekad menutup Guantanamo Bay yang mana banyak tahanan termasuk dari Al-Qaeda diseksa.

Harapan saya secara peribadi kepada Obama akhirnya cumalah satu, walaupun saya tahu ianya hampir mustahil menjadi realiti. Jika saya dapat menghubunginya (pakailah Facebook, nasihat seorang rakan wartawan!) saya akan mencadangkan beliau membaca karya sarjana John Mearsheimer dan Stephen Walt, “Israel Lobby and US Foreign Policy”.

Buku tersebut mengisahkan bagaimana dasar pro-Zionis Amerika sebenarnya merugikan bukan sahaja Timur Tengah tetapi Amerika sendiri. Yang saya risaukan, bagi menghadapi kritikan dari golongan konservatif bahawa beliau sebenarnya seorang Muslim dan pro-Palestin, Obama akan menjadi lebih pro-Zionis daripada biasa. Kenyataannya sebelum ini memperlihatkan kecenderungan sedemikian.

Ketika pilihan raya umum Malaysia berlangsung Mac lepas, seorang wartawan antarabangsa menghubungi saya. Apabila memikirkan kempen saya di Seri Setia, di celah-celah flat-flat kos rendah Desa Mentari dan Lebuh Raya Damansara Puchong mendapat perhatian akhbar antarabangsa, saya terus bersemangat. Tetapi saya terkejut dengan cadangannya.

“Saya nak tampilkan awak sebagai Barack Obama Malaysia boleh?”

“Hah?” saya agak terkejut. “Janganlah. Saya bertanding kerusi DUN di Selangor. Dia bertanding Presiden Amerika Syarikat. Mana persamaannya?”

“Tak adalah, tapi anda sama-sama muda. Sama-sama mendendangkan agenda perubahan. Sama-sama menggunakan Internet secara meluas di dalam kempen.”

Saya menolak permintaannya dengan sopan kerana ia langsung tidak masuk akal. Keesokan hari, saya membaca berita di tentang “Obama Malaysia” dengan gambar saya. Itu pelajaran penting tentang berurusan dengan kenakalan wartawan!

Saya mula mengikuti berita mengenai Obama pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat tahun 2004, apabila Bush memenangi penggal keduanya. Waktu itu Parti Demokrat kelihatan kehilangan arah melawan arus Parti Republikan pimpinan Bush. Walaubagaimanapun, kemenangan Obama sebagai Senator antara sebilangan kecil berita baik untuk Demokrat. Namanya, Barack Hussein Obama, menarik saya terhadap berita tersebut dan ucapannya di Konvensyen Demokrat 2004 menarik perhatian media.

Apabila ura-ura beliau hendak bertanding Presiden Amerika Syarikat mula timbul, sekali lagi saya teruja. Saya membeli buku-buku “Dreams from My Father” dan “Audacity of Hope” yang dikarangnya. Saya melihat beliau mempunyai potensi besar untuk menyatukan Amerika yang sering digamit perang budaya atau “cultural wars” antara golongan liberal dan yang konservatif. Kepelbagaian dunia tergambar di dalam Obama, memungkinkan beliau mempunyai pemahaman global yang lebih mendalam berbanding Bush. Tetapi saya tetap realis, merasakan Obama patut bertanding tahun 2012, bukan sekarang.

Tetapi harapan akhirnya menjadi kenyataan dengan kemenangan Obama. Adakah harapan saya untuk Obama menghadapi isu Palestin dengan kejujuran juga dapat menjadi kenyataan?

Pembebasan Raja Petra - Kemenangan Rakyat

08 Nov 2008 | Current Affairs | by admin | 3 Komen

Pembebasan Raja Petra Kamaruddin semalam satu berita baik untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan.

Jika Kerajaan ingin mendakwa beliau atas apa jua tuduhan, bawa beliau ke mahkamah. Penahanan tanpa bicara harus dimansuhkan. ISA harus dimansuhkan. Bebaskan semua tahanan ISA - Jemaah Islamiyyah, HINDRAF dan lain-lain lagi segera!

Tahniah Obama

05 Nov 2008 | Books, Current Affairs | by admin | 8 Komen

Akhirnya, Barack Obama terpilih sebagai Presiden Amerika terbaru.

Pada tahun 2004, apabila John Kerry tewas kepada George W. Bush dan dominasi pandangan neo-konservatif Republikan nampak utuh, saya mengambil kemenangan Obama sebagai Senator di Illinois sebagai antara berita baik di sebalik suasana murung tersebut.

Sejak itu saya mengikuti karier politiknya dengan dekat, termasuk membaca Dreams from My Father dan Audacity of Hope.

Tetapi kalau ada buku saya nak bagi Obama baca, saya cadangkan The Israeli Lobby and US Foreign Policy oleh professor Harvard dan Chicago Mearsheimer dan Walt. Obama akan dapat menempa era baru sebenar-benarnya jika dia berani berhadapan lobi Zionis! Saya tahu realiti politik Amerika menyukarkan perkara tersebut, malah Obama sendiri terpaksa menunjukkan sifat pro-Zionis bagi melenyapkan khabar angin dia beragama Islam dan pro-Palestin!

Tetapi hanya apabila Amerika menyedari realiti ini Timur Tengah akan mencapai keamanan.

Blue meets Red

04 Nov 2008 | DUN, Football, Personal | by admin | 6 Komen

Last week, during my ‘clinic’ where I meet my constituents, one of our local leaders introduced me to a children’s football club.

They organise sessions for young and older kids every Saturday and are gaining in popularity. They asked me to help repair the local field where they practice in Kelana Jaya, as well as get the booking of the PKNS field for an international friendly they’ll be facing in this month.

I was encouraged by their effort and told them I would try to help - except on one count:

“I like what you guys are doing, but there’s one thing I can’t do.”

“What?” they asked.

“Wear the Everton jersey. I’m a Liverpool fan!”

The club is sponsored by Everton and they get free jerseys from the club. Now, is Liverpool doing anything similar in Malaysia? You guys should, and I’d be happy to help as much as I could!

p/s: It’s depressing that the first full Liverpool match I watch this week was the one against Spurs where Liverpool lost! Hopefully Liverpool will be rejuvenated with Torres’ return tonight…

Menggesa Kerajaan Selangor Ambil Perhatian ‘Renewable Energy’ (Tenaga Boleh Diperbaharui)

Saya baru sahaja membahaskan Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 dan menyarankan tenaga boleh diperbaharui mendapat perhatian sewajarnya. Hala Tuju ini telah dibentangkan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, YB Dato’ Dr. Hassan Ali.

Saya mengalu-alukan usaha kerajaan negeri dalam menarik pelaburan sebanyak RM 5 bilion melalui penglibatan syarikat teknologi solar dari Jerman, Q-Cell di Taman Sains Selangor 2. Ini merupakan peluang keemasan untuk Selangor turut serta dalam industri tenaga boleh diperbaharui. Pelabur Q-Cell merupakan pembuat sel fotovoltaik terbesar di dunia dan kilang di Malaysia yang akan beroperasi pada tahun 2009 kelak bakal membekalkan sel-sel solar ke seluruh dunia. Ianya sekaligus merupakan pelaburan lebih besar jika dibandingkan dengan pelaburan Sun Power di Melaka yang bernilai RM 2.3 bilion. Saya menyarankan agar kerajaan negeri mengembangkan konsep hub tenaga solar yang diutarakan di dalam ucapan Bajet 2009 oleh YAB Dato’ Menteri Besar Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim kepada hub tenaga boleh diperbaharui.

Saya turut memetik pendapat Thomas Friedman, penulis buku Hot, Flat and Crowded yang antara lain menggariskan revolusi tenaga hijau atau boleh diperbaharui sebagai sektor utama abad ke-21. Seandainya Selangor menjadi perintis kepada industri tenaga boleh diperbaharui, ianya akan memberikan kerajaan negeri ‘first-mover advantage’ (kelebihan sebagai perintis) dengan industri yang berpotensi besar untuk berkembang.

Isu ini menjadi lebih mendesak memandangkan sumber petroleum negara yang kini menyumbang 40% pendapatan kerajaan tidak akan berkekalan selama-lamanya. Pengenalan dasar ini memerlukan keazaman politik yang tinggi dan Kerajaan Negeri Selangor boleh memimpin perubahan ini.

Di samping itu, pelaburan dalam tenaga bolehdiperbaharui akan membuka ruang penjimatan kos yang dapat membantu rakyat terbanyak. Saya mencadangkan agar dilibatkan Universiti Industri Selangor (UNISEL) dalam kajiselidik industri tersebut iaitu dengan mendapatkan khidmat pakar-pakar terbaik bagi membangunkan industri ini bersama-sama Pusat Tenaga Malaysia, Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad, serta lain-lain pihak berkaitan di dalam hub tenaga boleh diperbaharui bagi membolehkan sektor ini mencapai ‘economies of scale’ (ekonomi skala).

Saya turut membangkitkan bagaimana usaha ini bukan sahaja terhad di negeri-negeri maju, malah negara-negara membangun turut menyumbang kepada sektor ini. Kerajaan Negeri Bengal Barat di India misalnya mendirikan West Bengal Renewable Energy Development Authority bagi mengembangkan sektor tenaga boleh diperbaharui.

Selamat Menyambut Deepavali

27 Oct 2008 | Personal | by admin | 0 Komen

Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu. Deepavali nal valthukal! 

Jadual Program

Nik Nazmi di laman sosial : Facebook | MySpace | Friendster | Flickr | YouTUBE |