Friday, March 09, 2007

moving again?

i have moved to http://knizam94.wordpress.com

Saturday, May 27, 2006

LIBUR 2006 06


LIBUR 2006 06
Originally uploaded by knizam94.
bought this magazine yesterday and i liked it!

Sunday, May 14, 2006

Treasure Hunt Aftermath


perghhhhh memang penat giler, distance around 90km. tapi dengan 1st timer dan clue yang bukan calang-calang senang, memang sungguh memeningkan kepala la. start around kul 0830hrs lepas ceo tnb bagi speech. kitaorang sampai aroung 1430hrs ke final destination. perghhhh siap sesat lagi carik last spot tuh....hehehehe.

takpe, nanti next year target top 10 plak. pengalaman betul masuk treasure hunt kali nih. penat. lapar. pening. tension. panas. semuanya ada dan dirangkum sekali. mencabar keimanan betul kali nih.

sapa nak tengok vclip aftermath ada kat bawah nih. just click the video ok.



Thursday, April 27, 2006

Here I Come As A Treasure Hunters Visiting The Kelip2X Nature Park

I am going to join several Tresure Hunters next week. Organised by my company. We'll be heading to Kuala Selangor, of course to adjoin with those lovely kelip-kelip. No lah! Of course we need to look for the treasures along the way.

I don't have any tips nor tricks for this coming treasure hunting exercise. Some say "Just Do It". And I'll do it....watch out for the pics later fellas! I'll post more piccas later at my KNizam Artwork gallery.

Wednesday, April 26, 2006

Transkripsi Siti Nurhaliza

bought this studio album by siti nurhaliza at the alpha angle wangsa maju just now. a great album, a historic album considering this is the 1st time it's been produced under her own label instead of src.

all in all, white is the theme for the album. must have been shot in the white room.

Tuesday, April 25, 2006

Malas Giler Nak Buat Blog Nih

aku dah cakap dah. nak memblog ni memang susah sangat bagi aku. kalo amik gambar letak kat fotopages tu senang sket. lagipun omputih kata picture speaks a 1000 words, paste gambar 1 biarkan viewers translate sendrik, tak ke senang tu kan?

nanti lain kali la aku sambung balik memblog nih :-)

Sunday, April 16, 2006

Canon PIXMA iP4200

been to the pc fair 2006 with my brothers yesterday. bought this awesome canon printer pixma ip4200. so cool printer for home and soho usage.

this year's pc fair 2006 was the packed ever. you can feel it right after you parked your park underneath the klcc twin towers. everybody seems to be heading to the tunnel to the kl convention centre arena (the tunnel is next to the tower records), and of course with one aim. to get to the pc fair 2006 the fastest they could.

as for me, my aim is very clear, to get a new bubble jet printer. i have made my mind to get something from canon as canon is the world's leading bubble jet printer company. my old printer canon i320 has been shipped to penang, for my younger brother's usage for his assignments at the seberang perai's polytechnic (psp).

Sunday, February 26, 2006

1st Photo Direct From Photobucket

Image hosting by Photobucket

Kem Lambaian Danau, Jasin Melaka

I have never been to this place before. Never know that such a big and cool lake ever exist at my own kampung (yep my own kampung!) at Jasin Melaka. This shot is taken just before the sun sets at the horizon. There's an official website for this Kem Lambaian Danau.

I will paste the link later, can't remember the url though. Heard that you can arrange for a team building activities (nature based) for your company or group here. Even the unfamous Fotopages Malaysia did their Projeck Basah 2.0 here last year. Too bad I can't join them.

Image hosting by Photobucket

Photobucket

This is a test post from Photobucket.com

Vlog : Just Broadcast You Videos With You Tube!

Just discover this video blogging or known as vlog. Apart from blogging, now we have vlogging. You can use quite a number of vlog hosting out there. One of them is You Tube. Quite cool isn’t it?

Of course you’ll need streamyx or broadband connection to fully enjoy this kinda media streaming technology. For the first movie, I’ll put something that I call “Tracking Down The Memory Lane - Life at Koleq circa 9094“. Enjoyz fellas!

Thursday, February 23, 2006

Majalah Libur Mac 2006

Aku tak tahu ler kenapa, semenjak aku tengok magazine ni kat kedai dulu (2 tahun lepas kot), terus je aku jatuh chenta kat magazine nih. Setiap bulan aku aku kena beli, kalo tak macam tak lengkap hidup aku sebulan tuh.

Dulu diterbitkan 2 bulan sekali, mungkin nak test power consumer kot. Lepas tuh, bila dah laku dan terjual dengan banyaknya, diterbitkan plak sebulan sekali. Dulu nipis je, sekarang dah tebal.

Aku suka dengan teknik foto dalam magazine nih, super la katakan kan. Memang power semua gambar tau. Kalo tak, masakan aku terpergi ke Pulau Redang hanya bila aku membaca pasal Pulau Redang dalam magazine ni la. 1st time aku tengok pulau yang lawa giler kat Malaysia.

Ingatkan kat Mauritius je yang ada pulau yang cantek dengan pasir putih, laut membiru, ikan-ikan sedia menunggu untuk kita bersnorkle dengan depa. Perghhhhhh superb la holiday aku kat Pulau Redang tahun lepas (dalam bulan jun kot). Aku pegi dengan pakej daripada Ping Anchorage.

Stay kat Laguna Redang Island Resort. Memang best giler. Recommended untuk semua warga Malaysia dan semua Warga Dunia! Lepas je aku masuk kat website Ping ni, terus je aku pegi kat Ampang, site office dia (main office kat KT). Dan terus tempah pakej dia, pegi dengan adik-adik aku. 4 orang semuanya. Pegi naik bas, balik naik flight MAS.

Kenapa Susah Sangat Nak Memblog Heh?

Dah lama jugak aku tak update blog aku yang satu nih. Even though aku create blog way, way jauh lebih awal daripada aku create fotopages aku, namun susah betul rasanya nak update blog yang satu ni kan :-) Tak tahu ler kenapa, aku lagi suka update aku nyer fotopages daripada update blog nih. Mungkin sifat malas dah meresapi diri aku daripada memblog lagi. Mungkin juga tidak. Kalo kat fotopages tu aku rasa lagi selesa kot. Mungkin coz dalam fotopages, site dia lagi cun dan neat. Kat sini macam gloomy je sket kan :-( tapi takpe, life goes on, blog pun sama, kena continue ler jugak nampaknya.

Aku tengok ramai yang dah ada blog sekarang,

Reramai lagilah. Bagus jugak blog depa. Aku suka baca blog diaorang, even though aku rasa dah lama tak beborak ngan diaorang. Dah lama gak aku tinggalkan koleq. Since 1994 la katakan.....Rough ada jugak maintain blog batch aku - MCKK Class of 94. Selalu gak dia update. Banyak info pasal batch aku kat dalam tuh. Aku suka gak tengok fotopages batch aku - MCKK Class of 94. Latest ada gambar wedding Bochap. Though aku tak dapat pegi, tengok gambar pun jadilah kan. Sekarang ni pun dah ramai yang ada fotopages. So bolehlah aku menjenguk depa kat cyber world plak kan. Antara bebudak batch aku yang ada fotopages include

Monday, November 07, 2005

Malam, Jenayah & Waktu by Hishamuddin Rais Lagi!

I really like the way Hishamuddin put down his article, so sarcastic yet so cool. Full of knowledge, no less than 1 joke inside it. You must read his latest article at Malaysia Today. A few of the first three para is posted below

Malam, jenayah dan waktu
Oleh Hishamuddin Rais

Beberapa tahun dahulu saya telah diberitahu bahawa hampir ke semua kolej dan asrama-asrama di universiti di negara ini ada memiliki waktu “curfew”. Waktu “curfew” ini memastikan bahawa tepat jam 12.00 tengah malam maka pintu asrama akan ditutup. Saya hairan kerana pintu tutup dan lampu padam ini hanya dilakukan untuk asrama murid sekolah dan bukan untuk tempat penginapan pelajar dan mahasiswa.

Oleh kerana itu, pada awalnya saya kurang percaya apabila saya diberitahu tentang agenda jam dua belas tengah malam ini. Lalu, pada satu hujung minggu - hari Sabtu malam Ahad - saya telah bertandang ke seksyen dua kampus UITM di Shah Alam. Memang sahih maklumat yang saya terima. Bukan cerita dongeng atau berita fitnah.

Ketika saya sampai di sana , jam telah melewati 12.00 tengah malam, saya ternampak masih ramai mahasiswa mundar-mandir di hadapan kedai 24 jam walaupun warong-warong makan telah lama ditutup. Saya sempat bertemu dengan empat orang anak mahasiswa - dua lelaki dan dua gadis. Mereka semuanya bersiar-siar dan duduk berlabun-labun di tepi pondok talipon. Ketika itu jam telah hampir satu pagi.

read more? click here

Monday, October 31, 2005

Cyber Pet - Gegak Gempita Sokmo


adopt your own virtual pet!

Thursday, October 20, 2005

Takziah Buat Perdana Menteri Malaysia Sekeluarga



PUTRAJAYA, Oct 20 (Bernama) - Prime Minister's wife Datin Seri Endon Mahmood passed away at 7.55 am Thursday at the Prime Minister's official residence Seri Perdana Putrajaya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi told Bernama.

BERNAMA

Ucapan takziah buat PM dan keluarga. Al-Fatihah.


Those who wann post the condolences messages, can click here

Sunday, October 16, 2005

Unique, Syuga, Asli.....

Buffet RM100 Semasa Bulan Puasa


Apa masalahnya dengan buffet RM100? Artikel daripada Ku Seman Ku Hussein dalam Mingguan Malaysia hari ni memang menarik. Biasanya setiap hari Ahad, kita akan disajikan dengan suatu kolum klise berkenaan situasi di dalam dunia hiburan termasuk wacana dan apresiasi berkenaan filem oleh Ku Seman di dalam Mingguan Malaysia. Saya sememangnya daripada dahulu meminati senitulis Ku Seman. Beliau lebih gemar keluar daripada kepompong selesa penulisan kewartawanan dengan menulis sesuatu yang benar dan kebiasaannya sukar ditelan oleh warga Malaysia.

Tapi kali ni saya tidak mahu berbicara berkenaan penulisan kritis Ku Seman. Saya akan menulis atau memberikan komen berkenaan berita terkini tentang harga buffet bulan Ramadhan di hotel-hotel di Malaysia. Rata-rata jika diperhatikan harga buffet kali ni jauh lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Secara puratanya boleh dikatakan mahal dan melampau. Bayangkan apa yang kita boleh makan dengan wang sebanyak RM100 jika kita memilih untuk berbelanja membeli juadah di bazaar Ramadhan?
Saya sememangnya bersetuju dengan Ku Seman di mana, kita sebagai pengguna hendaklah memainkan peranan penting kali ini. Usah berdalik lagi, jika kita fikirkan harga buffet di hotel terbabit mahal dan melampau, usah berkunjung ke hotel tersebut. Ianya kadangkala semudah itu. Orang putih kata "that's it!". Beli sahaja juadah di bazaar Ramadhan yang tumbuh bagaikan cendawan di Kuala Lumpur ini. Saya sememangnya telah berazam untuk tidak menjejakkan kaki ke mana-mana hotel Ramadhan kali ini, bukan kerna tidak mampu, tetapi meluat dengan harga buffet yang jauh lebih mahal kali ini.
Kadang-kadang terhibur hati apabila kita pergi ke bazaar Ramadhan sekitar Kuala Lumpur. Kita bukan sahaja boleh menikmati pelbagai juadah di sana, malah boleh berjumpa dengan pelbagai ragam manusia di sana. Cakap apa sahaja yang kita kepinginkan, semuanya ada di bazaar Ramadhan, lagipun harganya jauh lebih berpatutan daripada harga buffet di hotel. Jika kita mampu sekali pun, bukankah lebih baik jika lebihan wang yang kita ada kita sedekahkan di masjid atau pun rumah anak-anak yatim yang sememangnya memerlukan? Tepuk dada, jangan hanya tanya selera, tanyalah iman sekali!

Thursday, October 06, 2005

www.itis.com.my


Untitled-TrueColor-01
Originally uploaded by knizam94.
saper nak tengok keadaan trafik terkini di KL, lawatilah lamaweb www.itis.com.my

Tuesday, October 04, 2005

Ramadhan Al-Mubarak


alhamdulillah, i managed to live till this month of ramadhan. here i am, just finished the tarawih at this big surau at taman melawati, kuala lumpur. somehow or rather, i feel very welcome to this ramadhan month this year. feels like very happy and fortunate. a lot of people around the world just can't live till this ramadhan due to certain reason or another. they died to see the almighthy.

let's make full use of this ramadhan because you'll never know whether you'll live up to the next ramadhan. don't shop till you drop but pray as if you gonna die the next second.

more pic? click here

Monday, October 03, 2005

Tamadun Harga Minyak by Hishamuddin Rais

i like the way hishamuddin rais put the article on tamadun minyak. below is the full article taken from malaysia today. for further details, you can click malaysia today

Saya adalah di antara orang-orang yang percaya bahawa pada ketika ini minyak mentah di dunia ini telah habis. Sepuluh tahun dahulu memang tidak ramai orang yang mahu percaya bahawa telaga minyak petroleum akan kering. Tetapi hari ini semakin ramai orang yang mula percaya bahawa minyak mentah telah semakin susut. Kemungkinan telaga-telaga minyak akan menjadi kering dalam masa terdekat semakin dilihat sebagai satu kenyataan.
Untuk saya apa yang kita nantikan hari ini bukan betulkah minyak akan kering, tetapi apa akan terjadi apabila telaga minyak kering?
Mari kita melihat kembali apa yang berlaku pada tahun 1973/74, sesudah meletusnya Perang Arab/Isreali pada bulan Ramadzan 1973. Sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis Isreal, Raja Saudi Al-Malik Faizal telah menutup semua loji dan telaga minyak di Saudi Arabia. Dunia menjadi gempar. Ekonomi dunia kapitalis menjadi kelam kabut. Pengaliran minyak mentah telah ditutup selama dua minggu.
Bayangkan bentuk krisis yang berlaku jika minyak telah kering. Hari ini permintaan semakin bertambah. Harga terus melonjak naik. Pengeluaran terus tidak mencukupi. Untuk saya semua ini adalah tanda-tanda krisis yang maha besar yang akan melanda dunia. Ledakan krisis yang tidak lama lagi akan datang ini belum pernah kita saksikan berlaku dalam dunia ini.
Pada tahun 1973 dahulu, untuk pertama kalinya negara-negara pengeluar minyak (Opec) merasakan bahawa mereka juga memiliki kuasa untuk menentukan harga bahan mentah hasil bumi mereka. Negara-negara seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, Nigeria, Indonesia, Venuezula dan negara Teluk telah menjadi pemain penting dalam perkembangan ekonomi dunia. Semenjak dari tahun 1974, Opec telah juga memainkan peranan penting untuk mengendalikan dan mengawal turun naik harga minyak.
Ekonomi dunia kapitalis distabilkan oleh negara-negara Opec. Jika terlalu banyak minyak di pasaran, maka Opec akan mengarahkan ahli-ahlinya mengurangkan pengeluran. Jika minyak kurang di pasaran maka negara-negara Opec akan menambah pengeluaran minyak. Semua ini berjalan dengan agak selesa di antara pengeluar dengan pembeli dan pengguna selama 30 tahun ini.
Tetapi hari ini semunya telah berubah. Hari ini permintaan bahan mentah ini telah melebihi pengeluaran. Negara Opec tidak lagi memiliki keupayaan untuk menambah pengeluaran. Indonesia negara Opec yang dulu pengekspot kini telah menjadi negara pengimpot. Nigeria, Algeria dan Malaysia sendiri tidak lama lagi akan menjadi negara pengimpot minyak.
Semua ini membuktikan bahawa bahan bakar minyak mentah telah susut. Kesusutan imbangan pengeluaran dan permintaan bahan bakar ini semakin disulitkan dengan kehadiran negara China dan India. Tanah besar China dan India adalah dua negara yang sedang agresif 'membangun'. Kedua-dua negara ini sedang memerlukan bahan bakar yang banyak.
Hari ini di tanah besar China telah sedia bergerak 10 juta buah kereta di atas jalan raya. Sepuluh tahun yang akan datang jika dasar pengangkutan China tidak berubah maka akan muncul 150 juta lagi kereta. Tahun lepas sahaja China memerlukan 5.8 million tong minyak sehari. Permintaan China terus meningkat. China kini telah disenaraikan sebagai negara kedua sesudah Amerika Syarikat, pengimpot bahan bakar petroleum yang terbesar. Amerika memerlukan 20 juta tong sehari.
Tamadun yang sedang kita alami hari ini adalah tamadun yang berasaskan bahan bakar petroleum. Lihatlah di kiri dan kanan kita - semua produk dihasilkan oleh petrol. Tenaga leterik, kereta, bahan perabut, bahan perumahan, plastik dalam pelbagai bentuk dan paling penting makanan yang terletak di atas meja makan kita juga adalah hasil dari bahan bakar petroleum.
Saya berani berkata, melalui data-data yang baru muncul bahawa tamadun petroleum ini telah sampai ke zaman akhir. Sama seperti tamadun zaman batu dan tamadun di zaman besi ianya akan juga berakhir. Tamadun zaman arang batu dan tamadun kuasa wap - semuanya berlangsung tidak lebih dari 200 tahun. Bahan bakar petroleum - yang menjadi asas tamadun kita ini - telah bersama kita selama 150 tahun lebih. Riak-riak untuk berakhir telah muncul.
Kenaikkan harga minyak untuk para pengguna buat kali kedua dua tahun ini tidak memeranjatkan saya. Malah saya terus meramalkan bahawa harga bahan bakar ini akan terus melonjak dari 66 dollar satu tong hingga ke 100 atau 250 dollar satu tong. Malah akan tiba masanya apabila harga ini akan terus melonjak lagi. Ini bukan hanya kerana ada spekulasi dalam pasaran tetapi kerana bahan bakar minyak petroleum ini telah tiada lagi dalam perut bumi ini.
Saya juga sedar bahawa tidak semua orang akan sependapat dengan saya. Kerana itu agenda kekeringan minyak ini masih lagi tidak dibincangkan secara terbuka. Ianya masih tidak dijadikan wacana oleh media arus perdana antarabangsa. Ini dapat saya fahami kerana bahan bakar ini adalah bahan strategik. Negara-negara Opec sendiri pun tidak pernah memberikan data dan angka-angka yang jelas tentang berapa banyak lagi minyak yang masih tersimpan dalam perut bumi mereka.
Dalam masa yang sama negara-negara Opec sering membesar-besarkan jumlah simpanan mereka. Ini dilakukan kerana dengan jumlah angka simpanan yang besar maka negara ini akan diberi kouta yang besar untuk memasarkan bahan mentah mereka. Negara Arab Saudi - pengekspot terbesar dunia - tidak pernah mengeluarkan data dan statistik untuk diketahui umum. Apa yang sering kita dengar hanyalah kenyataan bahawa minyak masih banyak tersimpan dalam perut bumi Arab Saudi. Bukti-bukti melalui data tidak pernah dilihat. Jika data wujud, kesahehannya sering dipertikaikan.
Untuk saya, hakikat yang wajib kita terima ialah bahan bakar petroleum telah semakin susut dan dalam masa yang paling terdekat dunia akan kerkeringan minyak. Hakikat ini wajib kita terima untuk kita kongsi bersama. Jika kita dapat menerima hakikat ini maka barulah ada kemungkinan kita dapat mengambil langkah-langkah seterusnya.
Cakap-cakap tentang alat hawa dingin terlampau sejuk dan membazir atau lampu-lampu pejabat terpasang terus sebagai satu pembaziran adalah cakap-cakap dari mulut yang tidak berilmu. Menutup satu dua punat lampu atau punat penghawa dingin tidak menyelamatkan apa-apa. Ini hanyalah cakap-cakap orang politik yang masih kurang kesedaran untuk menerima hakikat bahawa bahan bakar minyak telah susut.
Apa yang wajib kita sama-sama lakukan ialah mengubah seluruh cara hidup kita yang bersandarkan bahan bakar petrol. Kita wajib melakukan peralihan cara dan struktur berfikir. Ini bererti dasar, rancangan dan apa sahaja projek yang akan kita sama-sama bangunkan wajib berasaskan dan berlatar belakangkan senario kekeringan minyak.
Jika semua ini dapat kita lakukan, saya masih lagi merasa pesimis. Apakah kita memiliki masa untuk berubah? Jika pada tahun 1973/74 dahulu kita (rakyat dunia) telah melakukan anjakan pemikiran, besar kemungkinan secara perlahan-lahan kita boleh mengubah gaya hidup kita. Hari ini kita telah terperangkap dalam budaya konsumer kapitalis yang berasaskan bahan bakar petroleum. Contoh yang amat senang difahami ialah bangunan-bangunan terbaru yang kita dirikan. Bukan sahaja tinggi malah bangunan-bangunan ini dibina tanpa memiliki tingkap. Lif-lif wajib digunakan dan ini memerlukan tenaga bahan bakar minyak. Bilik bangunan tanpa tingkap memerlukan alat penghawa dingin.
Dalam masa yang sama kita juga terus memiliki obsesi terhadap kereta. Obsesi ini dicanangkan sebagai tanda kejayaan. Tidak berapa lama lagi berahi obsesi kita ini akan berhadapan dengan satu realiti seperti yang pernah terjadi pada tahun 1973/74 dahulu. Cuma bezanya pada tahun 1974 dahulu rakyat Amerika dinafikan minyak kerana kerajaan mereka menyokong Isreal. Mereka keputusan minyak untuk sementara waktu. Dua minggu dunia tanpa minyak telah menyebabkan ekonomi dunia kacau bilau. Bayangkan tidak lama lagi apabila semua stesen minyak tutup. Stesen jual minyak ditutup bukan kerana apa-apa bantahan politik atau satu protes tetapi untuk selama-lamanya.

Sunday, October 02, 2005

Latest Collaboration of Too Phats & Siti Nurhaliza


hari ni selsema teruk giler, nak tercabut hidung ni dibuatnyer. ni baru intro jer nih kot. asyik sob, sob, sob jer kat rumah nih. tissue jangan cakap la, dah nak habis satu kotak kot. anyway, forget about my nose, let's blog something on too phat and siti nurhaliza, shall we.

their latest collaboration include this newly song entitled "dua dunia". i should say "not bad", siti can actually perform rap here. i will always admire the way too phat put their words in all of their songs. it's easy to create a lyric but it's not that easy to create a good and commendable lyric like what they've done. kudos to them both.

and i heard that their latest album (too phat & not siti nurhaliza) comprise of about 30 songs. wow! that's cool and big! get their latest albumz at your nearest music store!

more pic? click here

Sunday, September 25, 2005

The Awan Reflection Masa Balik Kerja

kene keje ler plak ari semalam. takpelah, dah arahan company, nat wat camner ye tak? tapi keje ari sabtu ni ok gak, jalan takde la jam kat kl nih. rileks la sket. kalau setakat keluar kul 7 tu boleh lah survive lagi sampai before 7.30 kat opis. ni yang aku suka keje sabtu ni, boleh plak pakai casual sket.

masa balik keje plak, sambil lalu kat jalan syed putra, baru aku terperasan yang cuaca sekarang ni memang best giler. awan biru, clear skies. sempat plak aku snap a few pics masa balik keje tadi. salah satu gambar reflection awanan biru daripada bangunan public bank. punya la clear sampai boleh nampak awan-awan yang biru pada kaca bangunan tuh. enjoy the piccies.

kalau nak tengok banyak lagi gambar, boleh click kat sini knizam artwork

Saturday, February 19, 2005

TMnet Streamyx - Hassle Free Ke ?

yahoooooo!!! opsss........ gooooooooggle!!! streamyx is finally emerged in my house! and it's damn wirelessly connected to my laptop at home. surf the internet or networking from anywhere, everywhere & anytime! although it's been for a while in malaysia, provided by the leading broadband company called tmnet sdn bhd, i just taught of having it just last weekend. the back-staged story, however was not that nice though. what i taught of have a hassle-free streamyx facilities turned into something else.

the conlusion is "it's not that easy to set streamyx alone in your house since you're not the most knowledgable it geek in town".

wanna know the back-stages mumblings fka stories? it goes like this:

friday (1500hrs) - after friday prayer, me and my bro rushed to low yat plaza just to get the new usb card for our desktop pc. went through a few of closed shops that day didn't stop us from bargaining the best price for the usb card within the few shoppers at low yat plaza.

friday (1600hrs) - noticed a shop with tmnet's ads regarding broadband. really stunned with the powerful broadband connection. asked a few questions to the shoppers and found out that the modem/router/pcmcia card offered by tmnet's resellers were not that attractive plus it's kinda expensive too. decided to shop around for the router/modem and pcmcia card. finished touring all the relevant floors at low yat just to find that the modem cum router's brand (DLink) that i'm looking for is unavailable at that moment. however, bought that cool DLink wireless pcmcia card for my laptop then.

friday (1700hrs) - headed to starbucks cafe at ground floor of low yat. ordered ice blended mocha and start configuring my laptop for accessing the wifi connection thru tmnet's hotspotz prepaid card. after 1 1/2 hours of configuration (i am really sweating and frustating though!), still unmanaged to connect to the wifi. gave up and chiow from starbucks

saturday (1100hrs) - went again to low yat and this time, quite a number os shops have opened despite the long break of chinese new year. toured low yat for the modem/router from DLink. found one, after crash bargaining, purchased that wireless modem/router. ended about 4 hours at low yat searching for such peripheral!

saturday (1700hrs) - start configuring the modem/router/pcmcia card. it's working! need to have a streamyx account then.

monday (1300hrs) - went to the nearest kedai telekom and applied for tmnet streamyx with the RM44 package, speed 512 for 60 hours. very fast service. bravo to tmnet. within 15 minutes, got my application approved. need to wait till 1800hrs to reached home.

monday (1830hrs) - call tmnet to activate the broadband connection and successfully activated. but when trying to connect to streamyx, my laptop fails. the not-so-good stories commenced here.........buckle up and off we go..........

1st call to tmnet - told by that guy at the other line that it might be a caused from the clipper (phone line and internet line separator), need to separate the clipper (or get rid of it!). bila dah buat (get rid of the clipper), still tak leh connect juga. fed up betul masa ni. panas plak tu kat melawati nih........sweating all the way.

2nd call to tmnet - Tolong shut down all electrical peripheral's dulu, then on balik after 10 minutes. Kalau setakat shutdown, sesiapa pun boleh advise kan.....dah buat pun, tunggu sampai router/modem sejuk pun. tapi tak leh gak. line nampak ok, cuma configuration of router je. rasa nak call lagi tmnet untuk minta tolong configure router/modem.

3rd call to tmnet - need to set dialer from router itself instead from PC. this one need investigation coz tak berapa familiar dengan router settings. nampak mcm logik gak suggestion ni coz kalau takde router, boleh lah guna dialler from desktop, tapai kalau guna router, router yang kena dial ke streamyx and laptop dial ke router.

4th call to tmnet - Need to create a new dialler from network connection. done. tapi tak leh connect jugak. last-last tidoq la, jam pun dah kul 1.20 pagi nih.......

5th call to tmnet - last call to tmnet, being advised to remove the wireless connection and use wired connection instead. la, kalau macam tu, sia-sia je la beli wireless modem/router ngan pcmcia card. tapi takpe........nak masuk streamyx punya pasal, terpaksa la buat, kali ni guna lan cable pulak. jeng. jeng. jeng......still tak leh connect to streamyx! gave up, tidoq la apa lagi.........

tuesday (1000hrs) - discuss ngan my staff (IT dept) kat office and dia cakap wireless router/modem memang streamyx tak support. hah sudah! nik kes naya nih. tapi alasan dia nampak macam logik gak. router/modem yang aku beli tu actually guna static ip and kalau tak silap tmnet hanya provide dynamic ip untuk package yang aku amik tuh.....ni dah kes berat nih, mahal plak router/modem ngan pcmcia card yang aku beli tuh.......wireless plak. tak boleh jadik ni, mesti ada cara nak configure that thing and aku mesti carik gak walau apa terjadi sekalipun......

tuesday (1830hrs) - surfing internet guna dial up. cari dalam semua discussion form icluding low yat forum, tapi still tak jumpa plak solution dia. dah separa give up dah nih, nak je aku musnahkan router ngan modem nih.........

wednesday (0200hrs) - configure punya configure, last-last dalam kul 1 pagi macam tu, berjaya gak configure and connected to streamyx. yahoooooo! opsssss.....goooooooogle! alhamdulillah! berbaloi semua efforts sebelum nih. though it's not completely hassle free! laju giler connection. upstream 256 and downstream 512. kalau setakat download 5mb punya size, less tha 1 min je...berkelip-kelip je mata menengoknya....damn fast! tu belum lagi subscribe the highest unlimited connection of 1 mbps tu!


so sesaper yang nak advise camner nak connect to streamyx guna modem/router and pcmcia card macam yang aku beli nih, jenis DLink je la......brand lain aku tak familiar kot.........bolehlah tanya aku. insya allah boleh bagi good advise, after all the hassle(s) that i have gone thru these 1/2 days. pengalaman beb! experience makes us wiser!

more detailed pics of my peripherals - click at my fotopages here

Blogger's Crack Under Pressure

I'm quite new to this regularly-typed-blogging activities. Even though I've set up my own blog at blogspot years back when blogging still not the main agenda of everybody in the web, I'm still unsure (partly translated as lazy) to blog. Perhaps it was due to the seasonal activities of blogging, or perhaps it might solely due to the vitamin M phenomenon (read: M = Malas).

Until recently when I attended this one talk (read: ceramah) at a little mosque (read:surau) at my office that triggered my mind to actively blog again. Not because of the recently-hit tsunami. Not because of someone hit my head and forced me to. It perhaps due to the way the "ustaz" gave his "ceramah". Non-stop, full of knowlege, fun and histerically amazing. I wondered how can that be? Why you would listen to someone whom you didn't have relationship with? It's not a mere 1 minute man. It's almost an hour! And the talk is about something that you're close to. Your heart. Your soul. And your as a servant of Allah.

The talk goes like this......

Have you read the latest discovery of 2 victims of tsunami at the sea? The male was busy repairing the mosque the minute the tunami pounded Acheh. Strucked by deadly waves and blown to the sea, but still alive. Amazing isn't it? Even after 5-10 days stranded at the sea, with rain as plain-drinks and what-ever left as food, they still survived. I can imagine how they felt when they're alone at the sea. They (including me and you) will felt lonely. Hopeless. Cried. Feels like dying.

Have you ever think that when you're alone and you're in a big trouble (and sooner death will separate you from this world!), the distance between you and your Creator is just a mere distance of a "Doa" (read: pray). You'll pray to survive. You'll try to get your Creator's consent to still breathe and see His world. You'll voluntarily cried whilst performing your "Doa". It's not a fairy-tale-sort-of-drama anymore. It's not like those sinister-jokes you've made with people around you. You pray. Pray. And pray.

You pray for someone to discover you. You pray so that you are safe at the sea, please God.....don't ever let any big-fish bites me, don't let the hot sun dried my skin, don't let the night's cold freeze me to death. I want to live. I want to live a little bit longer. Give me the 2nd chance.

If only you'll be given the 2nd chance, what will you do Jack? Would you fulfill whatever you've promised before? Would you be good to your Creator and creatures around you? Will you etc etc.....eh! Don't you think that you might not get the 2nd chance at all?

Think about it! Everyday your Creator gives you the second chance......it's just that you've never realised it! Buckle-up! Don't let the 2nd tsunami pounds you! Even if it pounds you, make sure you've well prepared to see your Creator!

"crystal clear water" @ taman melawati, kl

Explorace 2005 TV3 Has Begun!

Just watched the most-awaited local programme of 2005 - Explorace of TV3, which last year won by a newly wed couple, the husband is MCKK Old Boy Class of 95. This year this event started off with the special edition of Explorace "Celebrity" Edition featuring 3 great teams from MAS, Good Year & TV3. Guess what! The sponsors started the race ma!

For details, visit The Official Explorace TV3 website. Or another Unofficial Website of Explorace TV3 created using Fotopages.

Celebrating 100 years of MCKK (1905 - 2005)

On March 2005, Malay College Kuala Kangsar or known by everyone as MCKK will be celebrating it's 100 years of existence in Malaysia/Malaya/Tanah Melayu.

Mega Events have been scheduled that month. The small town of Kuala Kangsar will be jam-packed with old and present boys of MCKK.

For more info on this Historical Event @ Centennial Celebration, please click here.

If you wanna see more pics of MCKK, exclusively captured during my last visit to Kuala Kangsar before tsunami strucks Asia. Please click here.

malay college kuala kangsar @mckk

Increase of Price for Malay-Based Newspaper @ Berita Harian & Utusan Malaysia

Starting this year @ 2005, all the Malay-based main-stream newspaper's price will be increased about 30 to 50 cents per se.

Utusan Malaysia - from RM1.20 to RM1.50
Mingguan Malaysia (Sunday) - from RM1.50 to RM2.00B
erita Harian - from RM1.20 to RM1.50
Berita Minggu (Sunday) - from RM1.50 to RM2.00

They said (the newspaper Co) that the price of paper-based products have been increased since 1990s whereas the price of newspaper has not been changed since then. But why a sudden hike? Is it because all of Malaysian are still tsunami-think-a-like that they can simply increase the price without being really protested by the marhaen like you and me?

Poor consumers, I have never heard of any reduction of daily consumption products since I was born! Semua nak naik, tol naik, elektrik naik, paper naik, gula naik.....yang turun hanya hujan je.

Tsunami (Evil Tidal Waves) Stormed Asia

Just watched "Majalah 3", a local tv programme aired on TV3 every Sunday on 9.00pm. The full 1 hour programme spesifically covers the tsunami or tidal waves that stormed Asia the last Boxing Day @ 26th December 2004. Tsunami, or known as the evil tidal waves at Japan - is mainly made infamous at the Pacific Ocean. Never heard of any tsunami that hit Indian Ocean ever since Krakatoa series then. But last Sunday Tsunami really changed people's mind, like me and you.

We can heard about tsunami being talked almost everywhere and anywhere. For the past 1 week, we have been screened by tsunami victims and all the initiatives to help them. Have you done your part to help those victims?

1st Posting Before Year End 2004

My first posting to this blog will be a photo-based posting. Just created this blog a few minutes ago. Some sort of my NY resolution - to have a blog (an updated one, of course) by the early 2005 AD. A lot of people do blog nowadays and I do read theor blogs daily. Among my favourites are from Uncle Adib (The Reader) and Organised Chaos (Idlan).

Friday, March 12, 2004

Just Created My Photo Blog at knizam94.fotopages.com

Please visit my fotopages at knizam94.fotopages.com

Blogger.com by Google.com

Just created a new blog at blogger.com. Easy to update my details / new postings above myself.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com Powered by Blogger and Local Jobs